Monday, July 13, 2009

For the 1st Time


Buat julung-julung kalinya, perjumpaan antara pensyarah IS221 dan pelajar diadakan. Perjumpaan ini melibatkan pelajar semester 2-6 yang bertempat di bilik seminar Kampus Puncak Perdana pada 8hb Julai 2009. Pertemuan ini dikelola oleh ketua program IS221 iaitu Puan Rashimahwati Tarmuchi. Para pelajar dapat mengenali barisan tenaga pengajar yang baru serta mendapat serba sedikit nasihat daripada pensyarah. Sesi soal jawap pula berlangsung dengan suasana penuh 'harmoni'. Sedikit jamuan ringan disediakan di akhir perjumpaan untuk santapan semua.

Sunday, July 12, 2009

Apa itu AIMS?

Bagi melahirkan pelajar berwawasan dan berkemahiran, pelajar program Pengurusan Sistem Maklumat (IS221) berhasrat untuk menubuhkan sebuah kelab khusus kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat, yang akan dikenali sebagai AIMS
Aims ditubuhkan bagi menggalakkan penglibatan warga IS221 dalam aktiviti berpesatuan di samping mewujudkan hubungan erat di kalangan pelajar serta tenaga pengajar.
Penubuhan ini bertujuan untuk membantu ahli kelab yang terdiri daripada semua pelajar IS221 dalam meningkatkan daya saing di peringkat industri, kemahiran aplikasi multimedia, kreativiti dan kemahiran berkomunikasi.
Penubuhan kelab ini juga dijangka dapat menyampaikan maklumat dan kemahiran kepada pelajar agar dapat dipraktikkan dalam aktiviti pembelajaran, bidang kerjaya dan seterusnya dalam kehidupan harian.